ZonKita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Affiliates
 
March 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Calendar Calendar


Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang?

2 posters

Go down

Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang? Empty Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang?

Post  pink erk?? Thu Aug 05, 2010 8:41 am

Ada pendapat menyatakan kita terlebih dahulu perlu Redha dengan kehendak Ilahi. Tapi hakikatnya bagaimana kita dengan mudahnya untuk lupakan seseorang dalam hidup kita, sedangkan macam2 kenangan suka duka dilalui bersama. Apa perlu kita buat?
Jom kita bincangkan topik ini untuk kita berkongsi bersama.




.................................................................................................................................................................................................

Tajuk terlalu Panjang Saya Edit:
(redbloodx)

pink erk??
Group Moderator
Group Moderator

Posts : 11
Join date : 2010-08-04

Back to top Go down

Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang? Empty Re: Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang?

Post  redbloodx Thu Aug 05, 2010 8:58 am

pink erk?? wrote:Ada pendapat menyatakan kita terlebih dahulu perlu Redha dengan kehendak Ilahi. Tapi hakikatnya bagaimana kita dengan mudahnya untuk lupakan seseorang dalam hidup kita, sedangkan macam2 kenangan suka duka dilalui bersama. Apa perlu kita buat?
Jom kita bincangkan topik ini untuk kita berkongsi bersama.

linda. haha.. thanks sebab support forum ni. suh la kawan2 join lg.

back to topic.

mmg susah nk melupakan org yg kita syg. bak kata pepatah tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermanja. tak kisah klu kita still xboleh lupa..asalkan kita redha dgn apa yang terjadi.. itu yg penting. berlapang dada itukan lebih baik.


Last edited by redbloodx on Thu Aug 05, 2010 12:11 pm; edited 1 time in total
redbloodx
redbloodx
Webmaster
Webmaster

Posts : 27
Birthday : 1983-04-04
Join date : 2008-09-05
Age : 40
Location : penang

http://ridzridzwan.blogspot.com/

Back to top Go down

Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang? Empty Re: Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang?

Post  pink erk?? Thu Aug 05, 2010 9:00 am

Motivasi
Tip melupakan seseorang yang istimewa
(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)

YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.

Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.

Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.

Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.

“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.

Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.


pink erk??
Group Moderator
Group Moderator

Posts : 11
Join date : 2010-08-04

Back to top Go down

Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang? Empty Re: Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang?

Post  pink erk?? Thu Aug 05, 2010 9:02 am

sama2... saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan...
hehehe Laughing

pink erk??
Group Moderator
Group Moderator

Posts : 11
Join date : 2010-08-04

Back to top Go down

Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang? Empty Re: Bagaimana Cara Nak Lupakan Orang Yang Pernah Kita Sayang?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum